Wanita gagal dikesan sejak tiga hari keluar rumah

Oleh – Syeikh Baran


Wanita gagal dikesan sejak tiga hari keluar rumah
PUSPOWATI yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Taman Puteri sejak Isnin lalu.

Seorang wanita dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Puteri di sini sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kehilangan Puspowati Hussain, 53, dilaporkan kira-kira pukul 12 tengah hari dari rumahnya no 29, Jalan Sutera 4/1, Taman Puteri.



Katanya, ciri-ciri wanita ini adalah warna kulit kuning langsat, bentuk muka bujur dengan ketinggian kira-kira 156 cm dengan anggaran berat badan 70 kilogram.

“Bagaimana pun ketika keluar dari rumah tidak dapat dipastikan jenis dan warna pakaian yang dipakai oleh wanita berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat wanita ini diharapkan dapat menghubungi Balai Polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, sehingga pukul 11 hari ini, wanita berkenaan belum pulang ke rumah dan polis sedang berusaha mengesan kedudukan sebenarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button