Pekerja keringkan mop bawah pemanas kentang

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja keringkan mop bawah pemanas kentang
Pekerja McDonald’s ditangkap mengeringkan mop di bawah pemanas kentang goreng -Facebook/Daily Star

Seorang pekerja restoran McDonald’s di Australia ditangkap kerana mengeringkan mop yang kotor dalam pemanas kentang goreng, lapor akhbar Daily Star.

Pekerja itu dilihat memegang kepala mop yang boleh ditanggalkan serta kelihatan tidak bersih di bawah lampu haba. Ia terletak hanya beberapa sentimeter dari kentang goreng segar yang mahu dihidangkan kepada pelanggan.



Kejadian tersebut berlaku di sebuah cawangan McDonald’s berdekatan Brisbane, dan ia menjadi tular selepas gambar tersebut disiarkan di laman Facebook.

Walaupun ada yang memarahi pekerja wanita tersebut kerana tidak mengikuti prosedur kesihatan dan keselamatan, ada juga yang menganggapnya sebagai lucu.

Sementara itu, McDonald’s dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button