Remaja dilarang pandu Porsche sehingga usia 25 tahun

Oleh – Syeikh Baran


Remaja dilarang pandu Porsche sehingga usia 25 tahun
KERETA Porsche Taycan yang terlibat dengan nahas jalan raya di Pune, baru-baru ini. – Foto PTI

Seorang remaja India yang berusia 17 tahun hanya akan mendapat lesen memandu kenderaan apabila umurnya mencapai 25 tahun, lapor laman berita Indian Today hari ini.

Larangan itu dibuat selepas remaja berkenaan terlibat dalam nahas jalan raya ketika memandu kereta sport Porsche Taycan di Pune, baru-baru ini.



Nahas itu menyebabkan dua penunggang motosikal maut.

Pesuruhjaya Pengangkutan Negeri Maharashtra, Vivek Bhimanwar mengumumkan tentang larangan tersebut.

Pegawai pengangkutan negeri pula berkata, proses pendaftaran Porsche Taycan itu masih belum selesai sejak Mac lalu kerana pemiliknya tidak membayar yuran sebanyak 1,758 rupee (RM99.06).

Sementara itu, remaja berkenaan dihadapkan ke sebuah mahkamah juvana hari ini selepas kes baharu didaftarkan terhadapnya mengikut Seksyen 185 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.



Terdahulu, kes pembunuhan di bawah Seksyen 304 difailkan terhadapnya tetapi mahkamah membenarkannya diikat jamin dalam tempoh 14 jam selepas ditahan atas alasan dia masih di bawah umur. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button