Warga emas bawa cucu ke hotel sebelum cabul

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas bawa cucu ke hotel sebelum cabul
Kompleks Mahkamah Melaka.

Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan dengan niat mencabul cucu saudaranya, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 62 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nabilah Nizam.



Lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 19 tahun pada pukul 8 malam di dalam bilik hotel di Taman Kota Laksamana di sini pada 28 Januari 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin mencadangkan jaminan RM10,000 berserta syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Tertuduh merayu jaminan rendah dengan alasan tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap. Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button