Pejalan kaki warga asing dikecam melintas melulu

Oleh – Syeikh Baran


Pejalan kaki warga asing dikecam melintas melulu
Tangkap layar video memaparkan dua pejalan kaki hampir dilanggar penunggang motosikal ketika melintas.

Tindakan dua pejalan kaki dipercayai warga Bangladesh melintas jalan secara melulu mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi 15 saat yang tular di Facebook, dua lelaki tersebut kelihatan melintas di jalan yang sibuk tanpa melihat kiri dan kanan.



Tindakan mereka juga hampir menyebabkan berlaku kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dikatakan membahayakan orang lain.

“Suka-suka hati saja melintas tak tengok kiri kanan,” kata Ali.

“Dia jalan selamba saja macam nak pergi kedai runcit,” kata Eddiey.



“Dua-dua salah, satu melintas tak tengok kiri kanan satu lagi menunggang di lorong kecemasan,” kata Jauhari.

“Lagi sikit nak terlanggar. Tak pasal-pasal orang lain pula sakit sebab perangai sambil lewa dia,” kata Ridzuan.

Sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih 45,000 tontonan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button