Budak 2 tahun mengadu sakit pada ibu, dinoda lelaki asing

Oleh – Syeikh Baran


Budak 2 tahun mengadu sakit pada ibu, dinoda lelaki asing
Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki dicabul seorang lelaki warga asing ketika bermain sekitar Medan Selera Pandan Indah, di sini, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, laporan berhubung kejadian dibuat ibu kanak-kanak terbabit sejurus anaknya mengadu kesakitan selepas insiden itu.



“Mangsa memaklumkan, seorang lelaki telah membuat sesuatu tidak senonoh kepadanya ketika bermain di kawasan sekitar. Setelah diperiksa, pegawai perubatan mengesahkan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan diterima, seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun ditahan polis sekitar Pandan Indah, di sini, pada Khamis lalu.

“Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di salah sebuah gerai didapati ‘bersih’ dari sebarang rekod jenayah.

“Perintah tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama lima hari iaitu bermula Jumaat lepas hingga Rabu ini,” jelasnya.



Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraan maksimum dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,” tegasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button