Ibu ‘buang’ anak lalok dadah berhutang 28 along
Oleh – Syeikh Baran
Seorang ibu tunggal nekad memutuskan hubungan dengan anak lelakinya setelah tidak sanggup lagi menanggung hutang along yang dibuat anaknya itu sejak lebih 20 tahun lalu.
Pesara guru, Chia Hui Ling, 62, berkata, dia telah membayar sebanyak lebih RM100,000 kepada pelbagai sindiket along berbeza untuk membantu anaknya itu.
“Anak saya akan merayu meminta saya tolong dia, dan setiap kali akan bantunya kerana rasa kesian. Saya sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan persaraan tetapi dia tetap tidak berubah, masih mengambil dadah dan berhutang along.
“Dia kemas barang-barangnya dan keluar meninggalkannya rumah pada 21 Mei lalu, itu kali terakhir saya berjumpa dengan dirinya. Tetapi keesokan harinya, ada sindiket along hubungi saya dan minta bayar hutang RM59,100, jumlah itu tidak termasuk bunga.
“Along terbabit bukan sahaja mengganggu saya tetapi juga dua anak perempuan saya,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat MCA Johor, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Hui Ling mahu memutuskan hubungan dengan anak lelakinya yang berusia 36 tahun, kerana tidak tahan lagi diganggu sindiket along.
Sementara itu, anak sulung wanita itu, Saw Shi Ling, 38, pula memberitahu, adik lelakinya itu mula terjebak dengan masalah dadah apabila bergaul dengan rakan-rakan yang salah ketika berhenti sekolah semasa Tingkatan 3.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berhubung perkara itu dan akan menjalankan siasatan.
Sumber – KOSMO! ONLINE