MB Pahang Wan Rosdy Fail Affidavit titah tambahan YDPA
MB Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismaii turut fail affidavit seperti Zahid.
Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail turut memfailkan affidavit bagi memperkukuhkan kes “addendum” bahawa wujud titah tambahan dari Yang di Pertuan Agong menitahkan supaya Datuk Seri Najib fibebaskan dari penjara lalu diletak kan dibawah tahanan rumah.
MB Pahang yang juga Naib Presiden UMNO dengan ini mengesahkan bahawa titah itu wujud dan beliau mendapat tahu melalui Tengku Datuk Seri Zaful Tengku Abdul Aziz pada 30 haribulan Januari
Antara yang turut ada pada majlis mesyuarat yang sama itu adalah Datuk Johari Ghani, Datuj Ahmad Maslan Datuk Azalina Othman dan Tengku Zafrul.
“Saya melaporkan apa yang dimaklumkan kepada saya oleh Tengku Zafrul dan DAZH juga turut ambil maklum perkara tersebut dan menyatakan beliau (DAZH) telah mengetahui hal yang sama dari Zafrul sehari sebelum nya”.
DWRWI menyatakan beliau sangat percaya pada Addendum tambahan itu dan percaya ada kesan dan impak kepada permohonan judicial review yang di mohon oleh DSNR.
DSNR turut memohon beberapa pihak untuk memberi respon dan memberi kenyataan terhadap permohonan yang dibuat nya secara “Mandamus order” .
Dengan tindakan yang dilakukan oleh MB Pahang DWRWI ini maka bertambah kukuh lagi tuntutan untuk membebaskan dan akur kepada titah YDPA kerana selain DWRWI Presiden UMNO juga telah melakukan perkara yang sama dan pihak pihak yang disebut oleh DSNR dalam Judicial Review nya masih belumberi respon berkenaan titah Tambahan YDPA itu.
Pasti sekali tindakan MB Pahang ini juga akan turut diterjemah oleh ahli UMNO danĀ beberapa pihak sebagaiĀ bersolidariti bersama DSNR.