135 tan daging sejuk beku RM2.1 juta dirampas

Oleh – Syeikh Baran


135 tan daging sejuk beku RM2.1 juta dirampas
AMIRUL (tengah) menunjukkan gambar daging sejuk beku bernilai RM2.1 juta yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di Menara Kastam, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Pelbagai jenis daging sejuk beku termasuk daging babi seberat 135 tan yang dibawa masuk ke negeri ini melalui Singapura dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, rampasan tersebut dibuat pihaknya menerusi dua operasi berasingan di Lebuh Raya Pasir Gudang dan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada 21 Mei lalu.



Katanya, kesemua daging sejuk beku berkenaan dibawa masuk menggunakan lima buah lori berasingan.

“Pemeriksaan rapi dibuat mendapati kesemua lori itu membawa muatan daging babi, daging lembu, dada ayam dan kepak ayam yang tidak diikrarkan dan tidak mempunyai permit.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM2.1 juta, manakala kelima-lima pemandu lori yang berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan wang jaminan RM10,000, masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Menara Kastam Johor, di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button