Banduan didakwa noda gadis bawah umur sebelum masuk penjara
Oleh – Syeikh Baran
Seorang banduan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur pada enam tahun lalu iaitu sebelum lelaki itu disabitkan bersalah atas kesalahan merompak.
Tertuduh, Muhammad Hafiz Abdullah, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berusia 13 tahun lapan bulan pada masa kejadian termasuk meletakkan mangsa dalam ketakutan dengan mengacukan sebilah pisau di bilik stor makmal sebuah sekolah di sini kira-kira pukul 6.50 pagi pada 2 Januari 2018.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Situ Edabayu tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh sangat serius kerana melibatkan kes rogol.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sumber – KOSMO! ONLINE