Isteri tamatkan riwayat suami miliki 5 kekasih gelap

Oleh – Syeikh Baran


Isteri tamatkan riwayat suami miliki 5 kekasih gelap
Suspek menikam mangsa selepas memukul kepalanya menggunakan tukul. – Getty Images

Seorang isteri di wilayah Lampang menikam suaminya hingga mati selepas hilang sabar dengan sikap lelaki berkenaan  yang berlaku curang bersama  lima wanita lain, lapor laman berita Asean Now.

Suspek yang dikenali sebagai Porn Kruathanu, 62, memukul kepala suaminya, Dech Kruathanu, 63, menggunakan tukul sebelum menikam mangsa.



Polis berkata, sejurus anggota-anggotanya  tiba di lokasi kejadian iaitu rumah pasangan tersebut di daerah Bo Haeo, mereka menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Suspek tidak melarikan diri, sebaliknya dengan tenang menunggu polis di dalam rumah mereka.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku bahawa rumah tangga mereka bermasalah dan pasangan berkenaan kerap  bertengkar disebabkan kecurangan Dech.

Wanita itu turut berkata, si suami cuba menyerangnya terlebih dahulu, menyebabkan dia terpaksa memukul kepala mangsa dengan tukul.



Mangsa kemudian berlari ke luar rumah sebelum suspek mengekorinya. Dia kemudian menikam mangsa.

Polis masih menyiasat  kes tersebut. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button