Kes demam denggi terus meningkat pada ME20, 2 kematian dilaporkan

Oleh – Syeikh Baran


Kes demam denggi terus meningkat pada ME20, 2 kematian dilaporkan
Gambar Hiasan

Kes demam denggi dilapor meningkat pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME20) iaitu 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pada masa sama, sebanyak dua kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan oleh pihaknya pada tempoh berkenaan.



“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-20 adalah sebanyak 59,681 kes berbanding 43,619 kes bagi tempoh sama tahun 2023.

“Manakala terdapat 42 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 28 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-20 adalah sebanyak 59 berbanding 60 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Daripada 59 lokaliti yang dilaporkan, 44 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat), Sarawak (empat), Kedah (tiga), Perak (dua) manakala Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing satu,” ujarnya.



Bagi Bagi survelan chikungunya pula Dr. Muhammad Radzi berkata, satu kes direkodkan dengan jumlah kumulatif sehingga kini adalah 25 kes.

“Bagi survelan zika, sebanyak 1,021 sampel darah dan
enam sampel urin telah dijalankan saringan hasil kesemuanya adalah negatif.,” katanya.

Dalam pada itu, pada musim cuti persekolahan Dr. Muhammad Radzi meminta agar pihak sekolah serta kontraktor pembersihan dilantik disarankan melakukan beberapa tindakan bagi mengawal dan menurunkan populasi nyamuk.

“Antara langkah yang perlu diambil adalah melakukan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes, buang bekas atau sampah yang boleh menakung air serta tutup pam dan mangkuk tandas dengan rapat,” jelasnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button