Mendakwa Najib satu kesilapan?
Oleh Adam Malik
Adakah Kerajaan tersalah dakwa Najib?
Jho Low sebenar nya perancang dan pencuri, bukan Najib.
Benar lah jika ada pihak berkata dakwaan terhadap Datuk Seri Najin Razak adalah dakwaan politik dan sekaligus dakwaan dendam politik.
Semakin hari semakin jelas bahawa Low Teak Jho atau Jho Low adalah perancang utama dan juga “mastermind” kes curian 1MDB.
Kenyataan para saksi juga hampir semua memetik nama Jho Low apabila beri keterangan.
Malah saksi dari Ambank turut berkerja untuk Jho Low.
Selain itu kakitangan 1mdb turut mengikut arahan Jho Low.
Apabila DSNR menjadi Perdana Menteri , beliau telah mengambil alih Terengganu Investment Arm (TIA) pada bulan July tahun 2009 dan menukar TIA menjadi 1MDB.
Ketika ambil alih semua mereka mereka yang terkait dan juga dikenali sebagai kroni Tun Mahathir sudah pun berkampung di TIA.
Mungkin juga mereka sakit hati lubuk mereka diambil alih oleh DSNR.
Selain itu individu seperti Nor Yakob , Nik Fesal dan juga suami kepada bekas Gabenor Taufeq Ayman sudah pun berurusan dengan Jho Low terlebih dulu.
Selain kakitangan bank yang berurusan dengan Jho Low kakitangan 1mdb juga turut berurusan dengan nya.
Malah ada yang terima hadiah dan dapat wang dari Jho Low.
Tapi amat pelik , DSNR sahaja yang didakwa sedangkan kes digelar “mega case”.
Mana mungkin sebuah kes mega dilaksanakan oleh seorang sahaja?
Jika benar kes mega kenapa hanya babit RM43 juta sahaja? Dan bukan bilion bilion?
Bahkan ketika hukuman dijatuhkan tetap hakim kontroversi Nazlan tidak dapat menyebut bukti selain berkata “kamu tidak sepatut belanja wang itu” dan bukan “kamu mencuri wang itu”.
Hakim juga ketika jatuh hukum tidak dapat “extablished” tertuduh mengarah wang di “bank-in”.
Mahkamah Amerika terlebih awal kenal pasti siapa penyamun dengan mendakwa dan menghukum pesalah sebenar seperti Jho Low , Roger Ng dan Timothy Leissner.
Turut dihukum adalah beberapa individu Arab.
Semalam dimahkamah, seorang Pegawai Penyiasat SPRM Nur Aida Ariffin turut mengesahkan bàhawa Jho Low adalah mastermind kepada keseluruhan kes.
Kenyataan Aida semalam konsisten dengan seluruh fakta baik di Malaysia mahupun di Amerika.
DSNR juga boleh diandaikan sebagai mangsa dan sepaturnya menjadi saksi.
Jika ada yang andaikan DSNR “bodoh” dan mudah ditipu oleh Jho Low, maka lihat lah fakta kes beliau ditipu secara berjemaah yang berpakat dari Pegawai bank yang sembunyi kenyataan bank sehingga Pegawai 1mdb sendiri.
Apakah apahila Tun Mahathir tipu janji manifesto PRU14 seluruh rakyat yang mengundi beliau ada lah “Bodoh” juga?
Jika orang hendak tipu berjaga manapun ada juga ruang nya.
Jika DSNR yang mencuri kenapa pula Nik Fesal perlu lari sembunyi?
Modus operandi lari sembunyi juga dilakukan oleh menantu Muhyiddin Yassin apabila bersalah.
Maka, dengan kenyataan Nur Aida maka persoalan timbul, adakah kerajaan atau lebih tepat Tun Mahathir sebenar nya tersalah dakwa sengaja atau pun tidak?
Tambah curiga lagi apabila mereka yang rapat dengan Tun Mahathir yang miliki wang 1mdb diakaun bank di Singapura masih bebas dan tidak didakwa kerana takut jika mereka didakwa dan demi hendak menyelamatkan diri mereka akan “spill the bean” siapa sebenar dalang utama selain Jho Low?