Shahrol Shiro Luah Rasa Teruja Terserempak Dengan Ramli Sarip [VIDEO]

“Rezeki Jumpa…”

Shahrol Shiro Luah Rasa Teruja Terserempak Dengan Ramli Sarip [VIDEO]

Shahrol Shiro Luah Rasa Teruja Terserempak Dengan Ramli Sarip [VIDEO]

Pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro meluahkan rasa teruja apabila terserempak dengan penyanyi terkenal, Datuk Ramli Sarip.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Shahrol, dia mempelawa Datuk Ramli Sarip yang sedang menunggu teksi di Bangsar itu untuk menaiki kenderaannya pulang ke rumah.



Rezeki jumpa Abg Ramli Sarip setelah sekian lama tak jumpa dan hantar beliau pulang ke rumah. Semoga diberi kesihatan yang baik serta diberkati dan dirahmati Abg Ramli sekeluarga 🤲🏻 Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi dan terima kasih atas semua nasihat 😊 “-kongsi Shahrol

“Doa Yang Baik, Fikir Yang Baik…”

Tambahnya lagi, sepanjang perjalanan pulang, penyanyi lagu Kamelia ini turut menitipkan pesanan untuk sentiasa tenang serta mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Tenang-tenang saja, doa yang baik, fikir yang baik.”-titip Ramli Sarip buat Shahrol

@shahrol.shiro



Rezeki jumpa Abg Ramli Sarip setelah sekian lama tak jumpa dan hantar beliau pulang ke rumah. Semoga diberi kesihatan yang baik serta diberkati dan dirahmati Abg Ramli sekeluarga 🤲🏻 Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi dan terima kasih atas semua nasihat 😊 #AkuBudakKluang #KeArahLebihBaik

♬ bunyi asal – Shahrol Shiro – Shahrol Shiro

“Ramli Sarip Memang Humble…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu melihat penyanyi legenda ini, malah ada yang turut mendedahkan sikap Datuk Ramli Sarip yang sangat merendah diri serta sentiasa menaiki pengangkutan awam.

“Saya kenal Datuk Ramli Sarip ni lama, Datuk mesti pergi konsert mana-mana tak pernah naik kereta sendiri. Beliau mesti naik teksi dengan bas. Datuk orang yang baik. Merendah diri.”



“Untung bro dapat jumpa tokmok, lejen yang penuh tawadduk.”

“Perghh Abang Ramli Sarip.”

“Ramli Sarip memang humble, steady, cool. Keaslian seni yang ada padanya anugerah Allah buatnya. Semoga beliau sentiasa sihat-sihat selalu.”

Shahrol Shiro Luah Rasa Teruja Terserempak Dengan Ramli Sarip [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima?




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button