Bekas PM Thai, Thaksin didakwa kerana hina raja

Oleh – Syeikh Baran


Bekas PM Thai, Thaksin didakwa kerana hina raja
Thaksin Shinawatra. – GETTY IMAGES

Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan didakwa di mahkamah selepas dituduh menghina monarki yang dilakukan hampir sedekad lalu, kata pejabat peguam negara hari ini. 

“Thaksin akan dihadapkan ke mahkamah pada 18 Jun ini untuk menjawab semua pertuduhan di bawah undang-undang penghinaan raja yang ketat,” kata jurucakap peguam negara, Prayuth Pecharakun. 



Thaksin, 74, diundi sebagai perdana menteri sebanyak dua kali sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006. Dia kemudian hidup dalam buangan selama 15 tahun. 

Dia kembali ke Thailand pada tahun lalu ketika parti Pheu Thai yang ditubuhkan olehnya mengambil alih kuasa sebagai ketua kerajaan campuran.

“Peguam negara telah memutuskan untuk mendakwa Thaksin kerana menghina raja,” kata Prayuth kepada wartawan.

Thailand mempunyai undang-undang penghinaan raja yang paling ketat di dunia bagi melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan seluruh kerabatnya. 



Undang-undang tersebut memperuntukan hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi setiap penghinaan yang dilakukan. – AFP

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button