Dua lelaki dituduh bunuh rakan

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki dituduh bunuh rakan
KEDUA-dua tertuduh dibawa keluar selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang hari ini.

Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya 15 Mei lalu.

Mohammad Toyub Muhammad Yusuf, 32, dituduh melakukan perbuatan terbabit bersama-sama seorang warga tempatan, Ahmad Izhaq Jurid, 42.



Ahmad Izhaq mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman manakala Mohammad Toyub meminta menggunakan jurubahasa berikutan tidak boleh memahami Bahasa Melayu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki itu secara bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Jafar Alam Lalu pada 15 Mei lalu kira-kira pukul 6.38 petang bertempat di sebuah rumah di Kubang Buaya, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anuarul Hakim Abdul Muen manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes serta lantikan jurubahasa.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button