Ubah status tanah rizab Melayu, pengarah urusan hartanah direman SPRM
Oleh – Syeikh Baran
Empat lagi pembantu penguasa Kastam didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan rasuah keseluruhan RM39,800 bagi melepaskan lori barangan tanpa pemeriksaan dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini.
Mereka adalah Alias Mat Yusop, 48; Mohd. Rizal Othman, 43 serta Mohd. Shahril Mohd. Sukaimi dan Mohd. Hanafi Che Mat masing-masing berusia 39 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Anita Harun.
Mohd. Rizal didakwa sembilan pertuduhan rasuah berjumlah keseluruhan RM15,350 daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun sebagai dorongan tidak memeriksa lori-lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Kesalahan sama turut dilakukan Mohd. Hanafi dengan 10 pertuduhan rasuah bernilai RM12,600, Mohd. Shahril pula 26 pertuduhan berjumlah RM8,450 dan Alias sebanyak empat pertuduhan suapan bernilai RM3,400.
Suapan tersebut diterima menerusi pemindahan dalam talian ke akaun keempat-empat tertuduh yang dilakukan di cawangan bank sekitar KLIA 2 di Sepang, Kajang, Puchong dan Salak Tinggi antara Februari 2017 hingga April 2023.
Pendakwaan dikendalikan Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Nurul Atiqah Mohamad Alias dan Maziah Mohaide sementara Mohd Rizal diwakili peguam Ridha Abdah Subri manakala Mohd Hanafie, Mohd Shahril dan Alias diwakili peguam Muhammad Aizat Fakri.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 kepada Mohd. Rizal dan Mohd. Hanafie manakala Mohd Shahril dengan RM10,000 dan Alias sebanyak RM8,000.
Mereka juga diperintah menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri ke pejabat SPRMM di Putrajaya setiap awal bulan dan tidak dibenarkan berhubung atau menggangu saksi pendakwaan.
Sebutan semula kes bagi semua tertuduh adalah pada 11 Julai depan.
Kosmo! semalam melaporkan empat anggota Kastam didakwa atas rasuah keseluruhan RM39,750 daripada pemilik syarikat sama sebagai dorongan tidak memeriksa lori yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Sumber – KOSMO! ONLINE