Jual minyak masak, gula tanpa lesen

Oleh – Syeikh Baran


Jual minyak masak, gula tanpa lesen
Anggota dan pegawai KPDN Perak membuat pemeriksaan di sebuah premis di Taman Lela di Kamunting, Taiping semalam. – Foto IHSAN KPDN

Sebuah premis menjual barang kawalan tanpa lesen di Taman Lela, Kamunting di sini dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak petang semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan menemukan minyak masak, gula, tepung gandum dan gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan dalam stor dan rak pameran barang jualan.



“Selepas diperiksa, pegawai penguat kuasa bertemu lelaki tempatan didakwa pemilik premis. Berikutan itu satu arahan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 diberikan kepada pemilik premis,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, hasil siasatan mendapati premis gagal mengemukakan Lesen Runcit Barang Kawalan dan melakukan kesalahan di bawah Per.3(1) PPKB 1974 iaitu menjual barang kawalan tanpa lesen yang sah.

Sebanyak 41 kilogram (kg) minyak masak paket dan botol, 133kg tepung gandum, 234kg gula pasir dan enam tong LPG 14kg yang ditemui tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM2,111.50.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan seseorang selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya.



“Manakala bagi mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button