Rita Rudaini ‘Meremang’ Bertemu Tun Mahathir [VIDEO]

“Aura Tun Sangat Kuat…”

Rita Rudaini ‘Meremang’ Bertemu Tun Mahathir
Rita Rudaini ‘Meremang’ Bertemu Tun Mahathir

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok dan Instagram, Rita yang turut ditemani kedua-dua anak bujangnya itu akui rasa ‘meremang’ apabila bersua muka dengan Tun M serta menyifatkan pertemuan berkenaan sebagai satu kenangan terindah dalam diri mereka sekeluarga.

“Kenangan berharga yang tak akan kami lupakan sampai bila. Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu pada saya dan anak-anak . Aura Tun sangat kuat. Meremang bulu roma saat kami melangkah masuk bersua muka. Orang hebat, aura pun hebat.”-kongsi Rita

Tambahnya lagi, pelakon filem Cinta ini turut menitipkan doa agar Tun Mahathir bersama isterinya, Tun Siti Hasmah agar diberikan kesihatan yang baik.

“Kami doakan agar Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT.



Rezeki kami harini berjumpa orang yang hebat 🥰. Tak puas betul sembang dengan orang hebat 😅 Banyak lagi soalan nak tanya 😅. Teruja sungguh Airit Rayyan dan Airit Qaqa jumpa negarawan. Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung.”-kapsyen Rita di Instagram

“Bertuahnya Dapat Jumpa Tun M…”

Perkongsian Rita di media sosial itu turut meluahkan rasa teruja melihat pertemuan Rita bersama Tun M, malah ramai yang berpendapat pelakon ini bersama anak-anaknya bertuah kerana dapat bertentang mata dengan negarawan terulung yang dikenali seluruh dunia.

“Bertuahnya dapat jumpa Tun M.”

Tokoh yang banyak berjasa di Malaysia. Dalam diam sahaja buat kerja, tengok kemajuan sekarang.”



“PM yang paling saya sayang. Moga Allah rahmati dan melindungi Tun dan keluarga.”

“Semoga Tun M dalam lindungan rahmat dan hidayah Allah SWT. Semoga Tun terus sihat hendaknya.”

Sama-sama kita doakan agar Tun M diberikan kesihatan yang baik…

Rita Rudaini ‘Meremang’ Bertemu Tun Mahathir

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button