Siti Nurhaliza Payung Lagu Kegemaran Ibunya [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!-“Harap Sangat Nanti Konsert Ada Banyak Lagu Klasik”

Siti Nurhaliza Payung Lagu Kegemaran Ibunya [VIDEO]

Siti Nurhaliza Payung Lagu Kegemaran Ibunya [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Nak Sangat Tokti Buat Konsert Lagu-Lagu Genre Begini”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 7,473, tanda suka sebanyak 532 dan sebanyak 40 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyanyikan lagu kegemaran ibunya iaitu daripada Allahyarhamah Puan Sro Saloma yang bertajuk ‘Kain Songket’.

@sitinurhalizafan

DS Siti Nurhaliza Kongsi Lagu Kegemaran Mak Salmah ❤️



♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka ingin Tokti membuat konsert yang kebanyakkannya lagu klasik dan tradisional pada masa hadapan. Tambah mereka lagi, sekiranya perkara itu berlaku, pasti ramai yang hadir dan menjadi bualan ramai orang.

Siti Nurhaliza Payung Lagu Kegemaran Ibunya [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button