Syatilla Melvin Alami Muntah, Cirit Birit & Mata Berdarah
Sempat Tanya Pendapat Netizen!-“Anak-Anak Pun Sama…”
Syatilla Melvin Alami Muntah, Cirit Birit & Mata Berdarah
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi keadaannya yang tidak sihat disebabkan jangkitan virus yang tidak diketahui.
Alami Muntah, Cirit-Birit & Sakit Mata Selama Satu Minggu
Syatilla menerusi hantaran di Instagram, turut memuatnaik satu foto yang memaparkan matanya yang kelihatan berdarah selepas mengalami sakit mata dan cirit birit selama satu minggu.
“Tilla sakit mata plus muntah-muntah, cherry berry dah seminggu.
Akibat pressure muntah, mata jadi macam ni 👆🏻😭. Siapa pernah?
2 minggu badan memang betul-betul best. Entah virus apa seronok sangat berkawan nak dengan aku.”-kongsi Tilla di Instagram
Tambahnya lagi, dia turut memohon maaf kepada pihak yang menghubunginya disebabkan keadaannya yang tidak berdaya untuk membalas kesemua WhatsApp yang dihantarkan kepadanya.
“Kepada yang mencari Tilla, minta maaf memang Tilla tak buka, reply WhatsApp apa pun sebab Tilla lembik tiada tenaga. Anak-anak pun sama. Harini baru boleh senyum sikit.”-tulis Tilla lagi
Dihujani Komen Netizen
Menjengah ruangan komen, keadaan yang dikongsikan oleh Tilla itu dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya berkongsi pendapat mereka yang mengalami situasi serupa seperti Tilla, malah ramai yang menitipkan doa agar Tilla sekeluarga diberikan kesembuhan.
“Ini ialah subconjunctival haemorrhage. Kebiasaannya, Subconjunctival ni boleh self healing. Kalau nak further assessment, boleh check dengan Optometrist for Slit Lamp Assessment.”
“Ya pressure muntah memang kuat. Saya pernah batuk sampai muntah tiba-tiba muka penuh bintik-bintik merah pecah darah. Seram woo.”
“Pernah, tapi time tu batuk teruk. Bukan muntah, get well soon Tilla! ❤️.”
“Sekarang musim saya satu family kena.”
“Allahuakbar semoga Allah permudahkan urusan tilla ❤️.”
Sama-sama kita doakan agar Syatilla Melvin sekeluarga cepat sembuh…
Syatilla Melvin Alami Muntah, Cirit Birit & Mata Berdarah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti
- Terdedah Ada Pihak Yang Sewakan Tanah Rizab DBKL Kepada Warga Asing
- Banyak fakta perbicaraan kes 1MDB Tanore tidak dilaporkan oleh Media
- Mahathir bising lagi, , tapi orang sudah tidak ambil peduli .