Warga emas rentung dalam kereta

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas rentung dalam kereta
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta yang mengorbankan seorang lelaki warga emas di Desa Rasi, Chemor semalam.

Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Laluan Sri Kuang 3, Desa Rasi, Chemor di sini malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Leong Yoon Kwai berusia 71 tahun.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 11.46 malam.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang musnah terbakar dianggarkan sebanyak 90 peratus.

“Ketika anggota dan jentera tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta sedang marak terbakar dan terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan itu.

“Anggota segera menjalankan operasi pemadaman sebelum menjumpai mangsa di bahagian tempat duduk sebelah pemandu dalam keadaan rentung,” katanya di sini hari ini.



Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 2 pagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button