FAM ‘terbang tinggi’ bersama Malaysia Airlines

FAM ‘terbang tinggi’ bersama Malaysia Airlines

FAM ‘terbang tinggi’ bersama Malaysia Airlines
Dokumen perjanjian penajaan itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman dan Ketua Pegawai Komersial Penerbangan MAB Dersenish Aresandiran pada Isnin lepas. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjadi penaja utama skuad Harimau Malaya untuk tempoh tiga tahun sehingga penghujung tahun 2026.

Badan induk bola sepak negara ituk memaklumkan perkembangan tersebut menerusi kenyataan tanpa mendedahkan nilai tajaan selepas bekerjasama sejak 2019.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan kesetiaan, tetapi turut menunjukkan dedikasi serta komitmen MAB terhadap arena bola sepak tempatan.



“Ia juga memberi mesej penting kepada penyokong skuad kebangsaan bahawa FAM bukan sahaja mampu memberikan nilai tambah kepada barisan penaja, malah dapat memberi impak yang positif terhadap sektor ekonomi negara.

“Saya percaya dengan kehadiran MAB sebagai penaja utama FAM dan skuad bola sepak kebangsaan, pelbagai kejayaan akan dapat digapai bersama.

“Semoga jalinan kerjasama ini akan memacu dua organisasi ini ke arah kecemerlangan,” katanya dalam kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

FAM ‘terbang tinggi’ bersama Malaysia Airlines

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button