Gentari Green Mobility, Lazada perkenal 25 basikal elektrik
Gentari Green Mobility, Lazada perkenal 25 basikal elektrik
PENYEDIA penyelesaian tenaga bersih Gentari Sdn Bhd menerusi anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, menjalin kerjasama dengan syarikat e-dagang Lazada bagi usaha rintis elektrifikasi operasi logistiknya dengan memperkenalkan 25 basikal elektrik atau e-basikal bagi proses akhir penghantaran.
Ini susulan kepada pengenalan penyelesaian gadai janji kenderaan elektrik (EV) sebagai perkhidmatan kenderaan (VaaS) jangka panjang untuk barisan pengangkutan komersialnya.
Mengulas usaha itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerjasama Gentari dan Lazada itu membuktikan sinergi kuat antara sektor e-dagang negara yang kian berkembang dan penyelesaian pengangkutan yang mampan.
“Kerjasama ini tidak hanya menetapkan penanda aras bagi usaha penumpu dan pakatan dalam mempercepat usaha penyahkarbonan, tetapi turut memangkin inovasi penting dalam penyelesaian di akhir penghantaran.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, penyelesaian gadai janji VaaS memaparkan inovasi serta menekankan komitmen dalam memperluas akses mobiliti hijau yang merentasi pelbagai sektor seperti ekonomi gig dan perniagaan yang bergantung kepada pengangkutan dua roda untuk proses akhir penghantaran. – Bernama
Beliau juga menyifatkan usaha menggalakkan kenderaan elektrik (terutama kenderaan dua roda elektrik atau E2W) dan membangunkan infrastruktur pengecasan sebagai langkah penting ke arah masa depan yang mampan.
Menurutnya, Gentari menerajui transformasi berkenaan menerusi jaringan stesen pengecasan EV berlesen terbesar di Malaysia.
“Rangkaian luas ini mempunyai lebih daripada 400 tempat pengecasan EV Gentari, termasuk 120 pengecas pantas DC.
“Malah, menerusi pengecas di 105 lokasi, kita menyediakan penyelesaian pengecasan yang boleh diyakini dan cekap selain memastikan kelancaran penyepaduan EV dalam operasi harian untuk perniagaan dan individu,” katanya.
Gentari Green Mobility, Lazada perkenal 25 basikal elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :