Hantaran Baru Abby Abadi Undang Perhatian [VIDEO]
“Bukan Untuk Menang, Kalah..”
Hantaran Baru Abby Abadi Undang Perhatian
Kali ini, hantaran yang dikongsi oleh pelakon, Abby Abadi sedang meluangkan masa bersama keluarga berjaya undang perhatian netizen. Kenapa pula ni?
Menerusi hantaran Abby Abadi, dia berkongsi momen keluarga sedang menjamu selera dia sebuah restoran steambot serta meluahkan rasa syukur kerana dapat mengatasi cabaran yang datang.
Lebih menarik perhatian netizen, Aslam juga turut serta meluangkan masa bersama keluarga isteri keduanya, Marissa.
Bukan untuk menang, kalah. Tapi tentang bagaimana mengatasi ujian-ujian yang Allah hadirkan agar kasih sayang kerananya takkan terus terpadam.
Alhamdulillah masih ada kesempatan. Terima Kasih Allah untuk segalanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat keluarga tersebut kembali bersatu.
Alhamdulillah. Keluarga ni sedang berjuang untuk berdamai dengan takdir. Dan tidak semua manusia dapat lakukan. Mereka berjaya kerana mereka sentiasa cuba bersatu bersama-sama.
Walaupun pahit, sang ibu kena telan juga.. Inilah rasa bergelar ibu.. Janganlah kecam mamanya, dia just share family dia.
Alhamdulillah, akhirnya keluarga ni berbaik semula macam dulu. Sama-sama kita doakan semoga hubungan ni kekal lah ye.
Kredit: Instagram @mamayebbyabadi
Hantaran Baru Abby Abadi Undang Perhatian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa