Integriti PDRM: Seekor Kerbau Membawa Lumpur Habis Semua Terpalit

Integriti PDRM Seekor Kerbau Membawa Lumpur Habis Semua Terpalit

Integriti PDRM: Seekor Kerbau Membawa Lumpur Habis Semua Terpalit

 

Hujung bulan Mac yang lepas, kita dikejutkan dengan berita seorang warga Israel telah ditangkap dengan 6 pucuk senjata api.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Beliau dikesan masuk pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.

6 senjata api yang ditemui dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru.

Tangkapan dan soal siasat ke atas suspek dilakukan oleh pasukan JSJ Polis Kontinjen Kuala Lumpur dibantu pihak JSJ Bukit Aman.

Siasatan mendapati kesemua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini.



Ia dibeli engan menggunakan mata wang kripto.

Antara pegawai yang diberikan tanggungjawab untuk menyiasat suspek adalah Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakuanan Forensik, JSJK Bukit Aman, ACP Chin Khiam Kong dan Ketua Unit, Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK Bukit Aman, DSP Suhairon Abdullah.

Ibarat Harapkan Pegar Tetapi Pegar Yang Makan Padi

 

Tetapi ibarat harapkan pegar tetapi pegar yang makan padi.



Pegawai yang diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyiasat rupanya telah dikaburkan mata dengan tawaran duit.

Mereka telah didakwa menerima suapan RM1 juta daripada Khoo Zixian, 28.

Ianya untuk membantu menutup siasatan jenayah ke atasnya.

Berkaitan kes bawah Seksyen 120 Kanun Keseksaan (kes keselamatan negara).



Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik Mesyuarat, Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik/Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada 8 April lalu.

Bagi fakta pertuduhan kedua, mereka didakwa telah menerima suapan wang itu, daripada Khoo Zixian untuk dorongan serupa.

Iaitu membantu menutup siasatan jenayah ke atas Khoo Zixian di ruang letak kereta, menara itu, pada jam 4.29 hingga 4.40 petang hari sama.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.



Ia dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Khiam Kong turut didakwa atas dua lagi pertuduhan asing.

Iaitu bersetuju untuk memperoleh rasuah dan telah menerima suapan wang RM250,000 daripada individu sama sebagai dorongan serupa.



Ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu), di lokasi sama, pada jam 12.30 tengah hari, 18 April dan 10.30 pagi 19 April lalu.

Dua-dua kes itu juga didakwa di bawah Seksyen 16(a)(B) akta sama dengan hukuman sama.

Tindakan Tegas Dan Hukuman Berat Mesti Di Ambil

 

Kes yang disiasat melibatkan keselamatan negara.

Penulis tidak menafikan, masih ramai lagi anggota dan pegawai PDRM yang mempunyai integriti yang tinggi.

Malah mereka sanggup korbankan nyawa demi keamanan negara.

Namun kita tidak boleh nafikan kenyataan masih ada lagi anggota dan pegawai PDRM yang mendahulukan imbuhan dari nama baik pasukan.

Mereka inilah pengkhianat negara yang sebenar.

Sanggup menjual maruah diri dan keselamatan negara hanya kerana imbuhan yang haram.

Sekiranya sabit kesalahan, hukuman paling berat mesti diberikan kepada mereka tanpa belas kasihan.

 

Integriti PDRM: Seekor Kerbau Membawa Lumpur Habis Semua Terpalit

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button