Kedai tomyam kena serbu

Oleh – Syeikh Baran


Kedai tomyam kena serbu
PEGAWAI Penguatkuasa MBS menjalankan pemeriksaan dalam serbuan yang dilakukan bersama JIM Negeri Sembilan di sebuah premis restoran di Taman Bukit Blossom, Seremban, semalam.

Tindakan tegas terhadap warga asing yang melanggar syarat pas dan permit serta menjalankan perniagaan tanpa lesen terus dilakukan di bandar ini menerusi operasi bersepadu yang dijalankan beberapa agensi.

Menerusi Operasi Bersepadu Warga Asing yang dilaksanakan pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan di bandar ini semalam telah menyaksikan seramai 15 warga asing termasuk tiga wanita telah ditahan.



Difahamkan, antara premis yang diserbu termasuk kedai tomyam, elektrik dan restoran 24 jam.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, kesemua mereka ditahan selepas didapati melanggar syarat pas ditetapkan semasa pemeriksaan serbuan di empat premis perniagaan termasuk restoran iaitu masing-masing di Pusat Komersial Blossom, Pusat Komersial Universiti dan dua premis di Pusat Komersial Oakland.

“Pihak JIM memaklumkan warga asing yang ditahan itu terdiri daripada dua orang warga Pakistan, Thailand (8) India (2) dan tiga warga Myanmar daripada 34 orang yang diperiksa.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mereka berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun didapati tiada mempunyai dokumen yang sah dan telah langgar syarat pas ditetapkan. Berikutan itu, mereka disiasat dibawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button