Maut tidak sempat makan bersama anak di restoran

Oleh – Syeikh Baran


Maut tidak sempat makan bersama anak di restoran
Keadaan motosikal jenis SYM yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Mamat di KM 54, Chalok Kedai, Setiu semalam.

Hasrat dua beranak untuk membeli makanan di sebuah restoran tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta lalu menyebabkan bapa maut, manakala anaknya pula cedera di Kilometer 54, Chalok Kedai di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.10 petang itu, mangsa, Mamat Abas, 71, maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.



Anaknya, Ruslan, 14, yang dibonceng motosikal jenis SYM itu pula mengalami kecederaan ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintendan (ASP) Burhanuddin Mustafa berkata, sewaktu kejadian, dua beranak itu dikatakan dalam perjalanan ke sebuah restoran dari rumah mereka di Kampung Bukit Layat di sini.

“Motosikal jenis SYM dikatakan terus menyeberangi jalan untuk ke restoran tersebut sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga FL yang tidak sempat mengelak.

“Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa dan anaknya tercampak ke jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.



Burhanuddin berkata, Mamat yang cedera parah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Setiu di sini dan disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button