Pernahkah Jailani Khamis Tolong Orang Melayu?

Pernahkah Jailani Khamis Tolong Orang Melayu

Pernahkah Jailani Khamis Tolong Orang Melayu?

 

ADUN Rembia, Melaka, Jailani Khamis, menyifatkan menyertai UMNO umpama menolong anjing yang tersepit.

Tambah beliau, tindakan kembali semula ke pangkuan UMNO jelas satu pengkhianatan yang pasti kepada orang Melayu.



Menurut beliau, ini adalah kerana parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan agenda berkenaan.

“Memandangkan UMNO tidak lagi memperjuangkan perkara ini kecuali berlagak bahawa mereka masih mengambil berat.”

“UMNO kini meletakkan jawatan survival dan keuntungan parti berbanding matlamat dan objektif asal parti iaitu mempertahankan hak orang Melayu dan bumiputera.”

“Menolong atau masuk UMNO umpama menolong anjing yang tersepit, bak kata pepatah Melayu,” dakwa Jailani.



Untuk rekod, Jailani adalah pengerusi NGO Muafakat Nasional (MN) Melaka.

Keahlian beliau sudah digantung selama 6 tahun kerana tindakan beliau hadir berkempen di pentas PN pada PRK Simpang Jeram di Johor, Ogos tahun lalu.

Jailani didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Beliau merupakan bekas ahli UMNO yang kemudian melompat menyertai PKR dan menjadi ADUN Rembia pada pilihan raya 2018.



Pada Mac 2020, Jailani antara empat wakil rakyat PH di Melaka yang menyokong gabungan PN dalam usul undi tidak percaya.

Akibatnya kerajaan PH Melaka telah tumbang dan kemudiannya telah digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Sulaiman Md Ali.

Selepas dipecat PKR, Jailani bertindak menyertai semula UMNO pada Januari 2021.

Dia mempertahankan kerusi DUN pilihan raya negeri atas tiket BN.



Soalan penulis kepada Jailani, sepanjang menjadi EXCO dan ADUN di negeri Melaka, apa jasa Jailani kepada negeri Melaka, UMNO dan orang Melayu?

Penulis tidak minta senarai yang panjang, cuma beri satu sahaja.

Supaya Jailani dapat dikenang sebagai pemimpin berjasa dan bukannya katak politik yang sentiasa tamak kepada kuasa.

 



Pernahkah Jailani Khamis Tolong Orang Melayu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button