Sudah Masuk Semester 5, Iman Troye Tangguh Pengajian

“Keputusan Saya Semuanya Capai Dekan…”

Sudah Masuk Semester 5, Iman Troye Tangguh Pengajian

Sudah Masuk Semester 5, Iman Troye Tangguh Pengajian
Sudah Masuk Semester 5, Iman Troye Tangguh Pengajian

Penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Iman Troye telah membuat keputusan berani untuk menangguhkan pengajian demi memberikan tumpuan penuh kepada single terbarunya.

Iman, yang juga merupakan penuntut Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, bercadang untuk melancarkan single baharu bertajuk Kemboja selewat-lewatnya pada bulan Jun depan.

Sudah Masuk Semester 5, Iman Troye Tangguh Pengajian



 

Menurut Iman, keputusan untuk menangguhkan pengajiannya yang kini memasuki semester kelima adalah sesuatu yang sukar namun perlu dilakukan kerana kesukaran membahagikan masa antara kerjaya nyanyian dan pengajian.

Sudah Masuk Semester 5, Iman Troye Tangguh Pengajian

 



“Keputusan ini bukan dibuat sendiri, tapi saya dapatkan restu keluarga. Sebagai anak bongsu, tentulah saya kena dahulukan ibu bapa sebelum membuat apa-apa keputusan. Sebelum ini, kerjaya seni saya agak perlahan kerana sibuk belajar, jadi kali ini saya nak fokus betul-betul pada single baharu,” katanya.

Iman berkongsi bahawa dia akan menyambung semula pengajiannya selepas segala urusan berkaitan single baharu dan beberapa impiannya tercapai.

Walaupun belum pasti berapa lama masa rehatnya, Iman menegaskan bahawa dia berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah selepas menamatkan diploma.

“Buat masa ini, belum tahu berapa lama saya akan berehat. Lepas selesai semua berkaitan single baharu dan beberapa impian, barulah saya akan sambung pengajian semula.



Insya-Allah kalau ada rezeki, saya nak sambung ke peringkat ijazah, tapi apa yang penting habiskan diploma dahulu,” jelasnya.

Iman juga meluahkan rasa syukur kerana mampu mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran walaupun sibuk dengan kerjaya nyanyian.

“Alhamdulillah, sepanjang belajar di peringkat diploma keputusan saya semuanya mencapai dekan walaupun sibuk dengan nyanyian,” katanya dengan bangga.

Sudah Masuk Semester 5, Iman Troye Tangguh Pengajian



 

Dalam masa yang sama, Iman Troye juga berperanan sebagai Ikon PTTI (Pusat Tuisyen Terbaik Insan) untuk tahun ketiga. Beliau gembira melihat peningkatan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berharap agar dapat terus memberikan inspirasi kepada para pelajar.

“Kejayaan pelajar bukanlah sebab saya. Tugas saya hanya untuk tarik minat pelajar dan berikan kata semangat,” tambahnya.

 



Sudah Masuk Semester 5, Iman Troye Tangguh Pengajian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button