Ular sawa tumpang ‘King’

Oleh – Syeikh Baran


Ular sawa tumpang ‘King’
Tangkap layar seekor ular sawa bersaiz besar menyelinap masuk ke dalam enjin Myvi.

Seorang lelaki terkejut apabila keretanya ditumpang seekor ular yang menyelinap masuk ke dalam enjin kereta jenis Perodua Myvi hingga mencetuskan kekecohan di kawasan Doraisamy, Kuala Lumpur kelmarin.

Pemandu kereta itu mula menyedari ular sawa bersaiz besar selepas dia meletakkan kenderaannya di bahu jalan dan segera menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.



Dalam pada yang sama, kejadian itu menarik perhatian orang ramai dan berkumpul untuk menyaksikan kerja mengeluarkan ular tersebut.

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, menunjukkan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cuba mengeluarkan ular sawa yang tersepit di bahagian bonet kereta tersebut dan berjaya diselamatkan.

Meninjau dari ruangan komen, pelbagai reaksi netizen memberi komen yang menyatakan rasa terhibur dan terkejut melihat ular itu mampu menyelinap masuk ke enjin kereta.

“Dia pun nak merasa naik King (Myvi),” komen @pitt1408.



“Besarnya. Kenapa selalu masuk dalam enjin kereta, kenapa tak masuk dalam enjin lori ka bas?,” komen @gerobok.ninja.

“Susah benar nak keluarkan. Bagi je la kereta tu ke dia,” komen @lindaharun92_.

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen terhibur kerana warna kenderaan itu seakan sama dengan warna ular sawa tersebut.

“Ular dengan Myvi sama ja warna kuning,” komen @nuralie81.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button