Bangunan apartmen runtuh di Jeddah

Oleh – Syeikh Baran


Bangunan apartmen runtuh di Jeddah
SEBUAH bangunan apartmen runtuh di Jeddah semalam. – Foto Saudi Gazette

Kejadian sebuah bangunan apartmen runtuh di Jeddah, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Bangunan  mengandungi 13 unit apartmen itu runtuh di daerah Al-Faisaliah, tengah bandar pelabuhan Jeddah. 



Usaha untuk mengeluarkan mangsa terperangkap diteruskan sehingga awal pagi semalam.

Menurut maklumat awal, kerja penyelenggaraan di ruang bawah tanah bangunan menyebabkan bangunan itu runtuh, demikian menurut  portal berita Al-Arabiya.net. 

Menurut  Direktorat Am Pertahanan Awam Jeddah, kemalangan  berlaku di sebuah bangunan di daerah Al-Faisaliah dan sebilangan mangsa berjaya diselamatkan.

Kawasan itu padat dengan penduduk dan blok apartmen yang disewa oleh  rakyat asing serta warga tempatan. 



Ia dianggap sebagai kawasan kejiranan yang agak  popular di Jeddah. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button