Ibu bapa Zayn Rayyan sangat terkejut ditangkap, peguam juga tidak jangka

“Kita tak tahu siapa bakal dituduh”

Ibu bapa Zayn Rayyan sangat terkejut ditangkap, peguam juga tidak jangka

Ibu bapa Zayn Rayyan sangat terkejut ditangkap, peguam juga tidak jangka
Polis menjelaskan ada perkembangan terbaharu daripada siasatan dijalankan.
PERKEMBANGAN baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin akhirnya membawa kepada tangkapan dan penahanan reman ibu bapa kanak-kanak autistik itu.

Menurut peguam Mahmud Abdul, pasangan suami isteri berkenaan direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi melengkapkan siasatan.

“Ada perkembangan terbaharu daripada siasatan polis yang mana semalam (Jumaat) mereka menahan kedua-kedua suspek atau orang yang disyaki (OYDS).



“Ia masih dalam tempoh reman, ia sekadar melengkapkan siasatan. Kita tak tahu lagi siapa yang bakal dituduh,” katanya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

Kata Mahmud, tangkapan dan reman ke atas mereka dibuat berdasarkan perkembangan terbaharu daripada siasatan pihak polis dan dibenar reman tujuh hari bermula Sabtu hingga 7 Jun ini.

Dalam pada itu Mahmud berkata, pasangan suami isteri itu kelihatan sangat terkejut ketika disangka suspek dalam kes bunuh anak mereka.

“Saya juga tak jangka perkara ini malah saya percaya satu Malaysia terkejut dengan penemuan berkenaan. Tapi saya yakin pihak polis memohon reman ini untuk melengkapkan siasatan.



“Kita akan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci demi keadilan,” ujarnya.

Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai, sehari selepas dia dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Ibu bapa Zayn Rayyan sangat terkejut ditangkap, peguam juga tidak jangka

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button