Jin Wei mula rasa bahang Olimpik

Jin Wei mula rasa bahang Olimpik

Jin Wei mula rasa bahang Olimpik
JIN WEI berjaya memberikan tentangan sengit kepada Marin sebelum tumbang 20-22, 18-21 di pusingan pertama Terbuka Singapura kelmarin.

PERSEORANGAN wanita profesional negara, Goh Jin Wei meraih pengalaman berharga ketika beraksi menentang juara dunia tiga kali, Carolina Marin pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura kelmarin.

Meskipun tewas 20-22, 18-21 kepada pemain Sepanyol itu, namun sekurang-kurangnya dia dapat memberikan tentangan sengit apabila memaksa Marin untuk beraksi sehingga 49 minit bagi mencatat kemenangan.

Jin Wei yang merupakan juara remaja dunia dua kali menganggap pertemuan dengan Marin sebagai medan terbaik untuk menguji kemampuan sebelum beraksi di pentas sebenar pada Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.



“Ini adalah kejohanan kedua terakhir saya sebelum Sukan Olimpik membuka tirainya nanti. Beraksi menentang Marin sudah tentu ia banyak membantu untuk mendapatkan suasana Sukan Olimpik itu.

“Saya fikir sudah banyak belajar daripada perlawanan tersebut, terutamanya dari kepantasan dan sebagainya. Mata kami tidak begitu jauh, mungkin kerana Marin belum menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa




Dalam pada itu, dia juga mengakui sedikit gugup pada perlawanan tersebut kerana tidak dapat memenangi set pertama meskipun berpeluang untuk melakukannya apabila beberapa kali berdepan mata akhir.

“Ia (mata akhir) sering berlaku tetapi saya sangat gugup di set pertama, sebab itu saya tidak dapat lakukannya (menang),” ujar Jin Wei yang akan menjadi wakil tunggal negara dalam perseorangan wanita di Olimpik nanti.

Sebagai rekod, pemain berusia 24 tahun itu mengharungi musim yang agak suram bagi kempen 2024 apabila tidak pernah menjejakkan kaki ke suku akhir dengan pencapaian terbaik hanya di pusingan kedua.

Jin Wei mula rasa bahang Olimpik

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button