Mesir potong subsidi, harga roti meroket 400 peratus

Oleh – Syeikh Baran


Mesir potong subsidi, harga roti meroket 400 peratus
SEORANG lelaki menghantar roti di Kaherah, Selasa lalu. – Foto AFP

Keluarga miskin dan berpendapatan rendah di Mesir berisiko tidak lagi mampu memenuhi keperluan asas makanan selepas subsidi roti dikurangkan bermula esok, lapor portal berita The New Arab semalam.

Dalam satu sidang akhbar yang disiarkan di kaca televisyen, Perdana Menteri Moustafa Madbouly berkata, Mesir akan mengurangkan subsidi roti. 



Menurutnya, terdapat usaha daripada pihak berkuasa supaya pemotongan subsidi itu tidak memberi kesan yang buruk terhadap golongan miskin di negara itu.

“Negara akan terus menawarkan subsidi tetapi kami mengehadkannya kerana kenaikan kos gandum (kebanyakannya diimport),” kata Moustafa.

Harga  20 keping roti balady yang popular sebelum kenaikan itu ialah 1 pound Mesir (RM0.09) namun, akan  dinaikkan sebanyak empat kali ganda.

Hampir 105 juta penduduk Mesir berada di bawah garis kemiskinan dan mengalami kekurangan zat makanan. 



Baru-baru ini, penduduk negara itu menyuarakan kemarahan dengan  hashtag ‘roti bersubsidi’ telah menjadi tular selama beberapa hari berikutan ucapan Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengenai pemotongan subsidi yang akan dilakukan  termasuk produk petroleum dan tenaga elektrik. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button