Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah

 

Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, memberitahu mahkamah yang beliau mengetahui berkaitan pembukaan akaun DS Najib dengan special designated.

Beliau berkata, perkara itu diketahui melalui perbualan atas talian pada 2012 dengan bekas Ketua Pengarah Eksekutif Ambank Ashok Ramamurthy.



Zeti juga mendakwa Ashok cuba menyembunyikan salah laku di bank komersial itu sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Dia (Ashok) ingin menyembunyikan salah laku semasa tempohnya sebagai Ketua Eksekutif AmBank.”

“Kerana jika dia telah melihat sebarang kesalahan semasa memegang jawatan itu, dia sepatutnya mengambil tindakan.”

“Bank komersial itu tidak melaksanakan usaha wajar (due diligence) dalam beberapa transaksi berkaitan 1MDB.”



“Sehingga menyalah laporkan jumlah yang terlibat semasa memalsukan laporan transaksi dalam sistem pemantauan perbankan negara,” dakwa Zeti dalam mahkamah.

Untuk menguatkan hujah beliau, Zeti juga memberitahu bank pusat itu mengenakan denda terhadap AmBank pada tahun 2015.

Denda tertinggi sebanyak 70 peratus disebabkan apa yang berlaku semasa tempoh Ashok memegang jawatan di AmBank.

Tetapi Zeti lupa, semasa memberi keterangan dalam kes yang sama, beliau berkata bahawa beliau tidak tahu mengenai pembukaan akaun DS Najib untuk terima duit derma dari Arab Saudi.



Zeti Beri Keterangan Berbelit-Belit Dalam Mahkamah, Tak Salahkah?

 

Mana satu betul?

Zeti tahu atau tidak tahu mengenai pembukaan akaun AmBank Private Banking MR?

Lebih menarik apabila peguambela DS Najib, TS Shafee mendedahkan bahawa Ambank melalui Ashok menghantar surat kepada Zeti dan bank negara untuk memaklumkan kemaskini bank akaun AMPrivate Banking MR.



Tetapi Zeti menafikan adanya surat tersebut.

Malah terus menyerang Ashok dalam mahkamah dan menuduh Ashok cuba cover up kesalahan yang beliau lakukan sepanjang menjadi CEO Ambank.

Ini membuatkan mahkamah memanggil semula bekas pengerusi kumpulan Ambank, Cheah Tek Kuang sebagai saksi.

Cheah mengesahkan bahawa memang Ashok menghantar surat kepada Zeti berkaitan kemaskini akaun MR milik DS Najib.



Cheah menambah, Zeti baca surat tersebut dan bagi semula kepada Ashok.

Tambah Cheah, tidak ada sebab untuk mahkamah meragui kredibiliti dan integriti Ashok sebagai seorang CEO AmBank.

Cuma penulis hendak tanya kepada Zeti, agak-agaknya Zati tahu tak duit 1MDB yang masuk ke dalam akaun suami beliau, Tawfik Ayman?

 



Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button