Destinasi digemari pelancong Eropah

Destinasi digemari pelancong Eropah

Destinasi digemari pelancong Eropah
MALAYSIA berada di kedudukan keempat sebagai destinasi paling popular di Asia untuk pelancong Eropah. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Malaysia muncul sebagai negara keempat paling popular di Asia dalam kalangan pelancong Eropah, demikian mengikut Agoda.

Menurut platform tempahan percutian itu, carian tertinggi bagi penginapan di Malaysia dilakukan oleh pelancong dari Perancis, diikuti oleh pelancong dari Itali, United Kingdom, Sepanyol dan Belanda.

“Menjelang musim panas Eropah, data platform pelancongan digital Agoda mendapatiAsia telah menjadi pilihan utama pelancong antarabangsa dari Eropah.



“Destinasi di Asia bukan sahaja berada di kedudukan paling popular di luar Eropah, malah popularitinya juga semakin meningkat berbanding dengan tahun lalu, yang mana Agoda telah mencatatkan 52 peratus peningkatan dalam jumlah carian penginapan oleh pelancong Eropah untuk bercuti ke Asia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda, Fabian Teja, berkata, peningkatan dalam jumlah carian berbanding tahun lalu menunjukkan peningkatan populariti Asia sebagai destinasi percutian dalam kalangan pelancong Eropah.

Destinasi digemari pelancong Eropah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button