Harvey Norman buka cawangan keempat di Pulau Pinang

Harvey Norman buka cawangan keempat di Pulau Pinang

Harvey Norman buka cawangan keempat di Pulau Pinang
Ketua Pegawai Operasi (COO) Harvey Norman Malaysia, Jonathan Toh (empat dari kanan) bersama tetamu jemputan memotong riben simbolik perasmian pada majlis pembukaan cawangan keempat Harvey Norman di Pulau Pinang. – FOTO NSTP/Danial Saad

Butterworth: Jenama produk kelengkapan rumah terkemuka dari Australia, Harvey Norman membuka cawangan keempatnya di Pulau Pinang yang berkeluasan hampir 40,000 kaki persegi menjadikan keseluruhan 33 kedai sudah dibuka di seluruh negara pada ketika ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Jonathan Toh berkata, pihaknya teruja dengan pembukaan cawangan baharu di pusat beli-belah Sunway Carnival di sini dalam memberikan pelanggan lebih banyak peluang meneroka pengalaman membeli-belah di kedai terbabit.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat lebih 100 jenama bertaraf dunia tersedia meliputi peralatan elektrik, teknologi maklumat dan peranti mudah alih, perabot serta produk kelengkapan bilik tidur.



“Kami menjanjikan persekitaran kedai yang selesa, kondusif dan mengasyikkan kepada pelanggan yang datang membeli-belah.

“Oleh itu, pembukaan kedai baharu di Sunway Carnival ini menjadi satu keterujaan kepada kami apabila penduduk sekitar kawasan ini berpeluang berkunjung ke sini dan berasa lebih yakin bagi mendapatkan barangan yang diperlukan pada harga dan diskaun menarik,” katanya selepas pembukaan rasmi cawangan berkenaan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa




Jelasnya, selain membeli-belah secara fizikal, pihaknya turut mempunyai kedai dalam talian dengan menawarkan pelbagai insentif antaranya jaminan harga, penghantaran dibuat pada hari sama, pilihan penjagaan produk dan pertukaran selama 14 hari.

“Kami memahami keperluan pelanggan dan berusaha untuk memberikan kemudahan kepada mereka sehingga ke depan pintu rumah. Pada masa sama, kami komited untuk menawarkan akses lebih mudah termasuk menawarkan pelbagai kaedah pilihan pembayaran.

“Ini termasuk pembayaran fleksibel dengan pilihan seperti ansuran sehingga 48 bulan bagi semua kad kredit bank utama dan pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL),” katanya yang merancang untuk membuka sehingga 80 kedai menjelang 2028.

Dalam pada itu, Jonathan berkata, sempena pembukaan kedai di Sunway Carnival pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti menarik sehingga Ahad ini.



“Bagi pelanggan yang membelanjakan minimun RM300 mereka berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk baucar dan barang koleksi.

“Selain itu, mereka juga layak menyertai Cabutan Bertuah RM1 di mana pelanggan yang bertuah berpeluang membeli barangan yang diingini seperti TV skrin besar, jam tangan pintar, meja kopi dan banyak lagi dengan harga RM1,” katanya.

Harvey Norman buka cawangan keempat di Pulau Pinang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button