Laksana ibadah korban dengan EZ Qurban melalui TNG eWallet

Laksana ibadah korban dengan EZ Qurban melalui TNG eWallet

Laksana ibadah korban dengan EZ Qurban melalui TNG eWallet
Nor Adzimah Hassanuddin (kiri) bersama Khalisah Ishak menunjukkan aplikasi EZ Qurban di aplikasi TNG eWallet. – FOTO NSTP/Rohanis Shukri

Lumpur: Peneraju perkhidmatan korban dan akikah, EZ Qurban Sdn Bhd (EZ Qurban) buat julung kalinya bekerjasama dengan Touch ‘N Go Digital Sdn Bhd bagi memudahkan masyarakat terutama pengguna TNG eWallet melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha ini.

Bersempena kerjasama ini juga, TNG eWallet melancarkan kempen pulangan tunai sebanyak RM30 untuk pembelian korban sekurang-kurangnya RM350 yang berlangsung dari 28 Mei hingga 17 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Fadzlullah Hasanuddin berkata kerjasama dengan TNG eWallet ini adalah platform terbaik dalam memudahkan penyertaan ibadah korban selain menyebar luas kesedaran mengenai kepentingan ibadah korban ini.



“Dalam usaha memudahkan masyarakat menunaikan ibadah korban, kami merasakan TNG eWallet adalah rakan kerjasama terbaik kerana mereka mempunyai 26 juta pengguna berdaftar dan 56 peratus daripadanya adalah bumiputera.

Kuala Lumpur: Peneraju perkhidmatan korban dan akikah, EZ Qurban Sdn Bhd (EZ Qurban) buat julung kalinya bekerjasama

“Selain itu, proses pendaftaran dan pembayaran ibadah korban ini juga akan lebih mudah kerana orang ramai boleh membuat pembayaran terus menerusi pautan EZ Qurban yang terdapat dalam aplikasi TNG eWallet,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian antara EZ Qurban dan TNG eWallet, baru-baru ini.

Ahmad Fadzlullah berkata menerusi kempen bersama TNG eWallet ini, pihaknya menyasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu di dalam dan luar negara.

“Oleh itu, kami berharap kempen ini diterima baik oleh rakyat Malaysia khususnya dan berharap ia benar-benar mampu memudahkan masyarakat untuk melakukan ibadah korban.

“Bagi yang ingin melakukan ibadah korban tahun ini, kami membuka pendaftaran sehingga hari raya kedua,”katanya.



Sementara itu, Pengarah Bahagian Mobiliti & Perkhidmatan Kerajaan TNG eWallet, Sheikh Zulfadli Sheikh Zuljallaly berkata matlamat kempen itu adalah untuk menguar-uarkan kepada pengguna TNG eWallet dan semua umat Islam mengenai program ini.

Kempen ini juga sekali gus memberi impak positif dengan memudahkan ibadah korban di hujung jari.

“Sebagai eWallet pilihan Malaysia, kami amat berbangga dapat membantu pengguna menunaikan kewajipan, memupuk semangat kemurahan hati dan belas kasihan dalam kalangan masyarakat.

“EZ Qurban sudah menjadi perintis dalam industri korban dan akikah atas talian sejak 2007. Oleh itu, kami yakin dengan kredibiliti EZ Qurban dan objektif bersama dalam menyediakan servis korban dan akikah dalam dan luar negara.



“Kami juga berharap kerjasama ini berjaya terutama dari segi memberikan perkhidmatan atas talian yang mudah kepada pelanggan muslim untuk menjalani ibadah korban dan akikah,” katanya.

Laksana ibadah korban dengan EZ Qurban melalui TNG eWallet

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button