Lumba haram: Polis jalankan operasi selagi ada aduan

Lumba haram: Polis jalankan operasi selagi ada aduan

Lumba haram: Polis jalankan operasi selagi ada aduan

ISKANDAR PUTERI: Polis Daerah Iskandar Puteri terus menjalankan Op Samseng Jalanan berikutan masih menerima aduan daripada orang awam berhubung aktiviti samseng jalanan dan lumba haram di Lebuhraya Iskandar Sultan, di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata operasi itu dijalankan mulai jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.



Beliau berkata, hasil daripada risikan dan operasi mendapati masih terdapat samseng jalanan yang melakukan aktiviti lumba haram di lokasi berkenaan.

“Dalam operasi itu, kita berjaya menahan enam orang samseng jalanan kerana menunggang motosikal secara melulu. Antara aksi yang dilakukan ketika menunggang motosikal adalah menundukkan kepala selari dengan meter dan melunjurkan kedua-dua kaki ke belakang seperti gaya `Superman’ serta bersaing sesama sendiri dengan membuat aksi zig-zag.

“Tindakan mereka dilakukan sehingga membahayakan nyawa sendiri dan nyawa pengguna jalan raya yang lain,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kumarasan berkata, semua warga tempatan berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, manakala semua motosikal terbabit disita dan 13 notis saman dikeluarkan.



Lumba haram: Polis jalankan operasi selagi ada aduan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button