Malim gunung maut di puncak Gunung Hitam

Malim gunung maut di puncak Gunung Hitam

Malim gunung maut di puncak Gunung Hitam

HULU LANGAT: Seorang malim gunung maut selepas tidak sedarkan diri ketika sampai di puncak Gunung Hitam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi, Norfazli Abd Aziz, 57, dilaporkan pengsan setibanya di puncak Gunung Hitam.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.48 pagi.

“Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussien Onn bersama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian

“Taktikal Operasi yang dilakukan oleh komander operasi dengan memecahkan kepada tiga kumpulan. Pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa selepas mengambil masa selama empat jam untuk tiba di puncak gunung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa




Beliau berkata, pasukan perubatan yang bersama-sama pasukan penyelamat melakukan rawatan kecemasan kepada mangsa.

“Keadaan mangsa masih bernafas, namun tidak sedarkan diri. Usaha bagi membawa mangsa keluar dari kawasan dilakukan.

“Namun ketika usaha membawa turun dilakukan mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.



Katanya, operasi membawa turun mangsa masih diteruskan sehingga mangsa diserahkan kepada KKM untuk tindakan susulan.

Malim gunung maut di puncak Gunung Hitam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button