Padah buat aksi `Superman’, polis tahan tiga mat rempit

Padah buat aksi `Superman’, polis tahan tiga mat rempit

Padah buat aksi `Superman', polis tahan tiga mat rempit

BUTTERWORTH: Membuat aksi meniarap seperti ‘Superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini hari ini.

Polis Pulau Pinang dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan tiga penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan dan kes mereka disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Semasa operasi itu, pihak polis mendapati kumpulan motosikal tersebut melakukan aksi bersaing sesama sendiri, meniarap seperti ‘Superman’, zig-zag dan melawan arus yang mana aksi tersebut membahayakan kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

“Operasi itu dijalankan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Pulau Pinang bermula jam 1 pagi hingga 6 pagi di kawasan “hotspot” kumpulan mat rempit atau samseng jalanan berlumba,” menurut hantaran itu.

Dalam operasi itu, polis turut menyita tiga motosikal mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengeluarkan sebanyak 21 saman kerana pelbagai kesalahan jalan raya. – BERNAMA

Padah buat aksi `Superman’, polis tahan tiga mat rempit

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button