Petronas catat pendapatan RM89.7 bilion
Petronas catat pendapatan RM89.7 bilion
Kuala Lumpur: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mencatatkan pendapatan sebanyak RM89.7 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024, setanding suku pertama 2023 dalam keadaan ketidaktentuan landskap harga yang berterusan.
Petronas terus melaksanakan pengurusan kewangan yang berhemat dalam fokusnya mengekalkan nilai dan menyediakan keselamatan tenaga serta penyelesaian karbon rendah untuk Malaysia dan pelanggannya di seluruh dunia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, prestasi kewangan kukuh pada suku pertama menunjukkan pelaksanaan fokus kami terhadap strategi yang jelas untuk peralihan tenaga.
“Ia termasuk memajukan hidrokarbon dengan inisiatif penyahkarbonan yang boleh diukur dan berkesan serta mengejar penyelesaian tenaga yang lebih bersih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, memandangkan jangkaan untuk berdepan dengan cabaran yang tidak menentu sepanjang tahun ini, Petronas akan memanfaatkan kekuatan portfolio bersepadunya untuk melabur semula dengan pantas dan berdisiplin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kumpulan kekal teguh dalam pendekatannya untuk menjana pertumbuhan yang menguntungkan secara bertanggungjawab dan mampan.
Menurutnya, sempena ulang tahun Petronas yang ke-50, Kumpulan berazam untuk terus menyumbang kepada masa depan karbon yang lebih rendah selaras dengan Strategi Peralihan Tenaga Petronas.
“Kami berhasrat untuk memenuhi kepercayaan pihak berkepentingan sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif mereka.
“Kami kekal memikul amanah dalam menyediakan tenaga yang berterusan bagi pertumbuhan ekonomi serta memastikan keselamatan tenaga Malaysia dan pelanggannya di seluruh dunia,” katanya.
Bagi tempoh berkenaan, Petronas mencatatkan untung bersih berjumlah RM21.3 bilion, manakala Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) berjumlah RM36.2 bilion.
Perbelanjaan Pelaburan Modal (CAPEX) berjumlah RM10.7 bilion, meningkat 20 peratus terutamanya dikaitkan dengan projek Gas dan Huluan, termasuk Projek LNG Kanada yang sedang dijalankan, La Amarga Chica di Argentina serta Projek LNG Terapung Pesisir Pantai dan Fasiliti Pensekuesteran CO2 Kasawari di Malaysia.
Petronas catat pendapatan RM89.7 bilion
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?
- Kenyataan dua saksi melemahkan kes dan tuduhan terhadap Najib dalam keraguan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :