Tiga maut, MPV dinaiki terbabas ke parit sedalam dua meter
Tiga maut, MPV dinaiki terbabas ke parit sedalam dua meter
JOHOR BAHRU: Tiga orang maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dinaiki terbabas ke parit sedalam kira-kira dua meter di kawasan Danga Bay di sini, pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Chu Wei Yean, 28; Aw Siew Chern, 35; dan Chu Wan Rou, 31.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Rahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, tiga mangsa membabitkan seorang lelaki dan dua wanita dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kenderaan berkenaan.
“Kita mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu dan dibawa naik menggunakan tali dan pengusung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, operasi ditamatkan pada jam 8.40 pagi.
Tiga maut, MPV dinaiki terbabas ke parit sedalam dua meter
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?
- Kenyataan dua saksi melemahkan kes dan tuduhan terhadap Najib dalam keraguan