Adakah Kerabat Johor Sengaja ‘Di Serang’ Pihak Tertentu?
Adakah Kerabat Johor Sengaja ‘Di Serang’ Pihak Tertentu?
Sejak kebelakangan ini penulis perhatikan serangan demi serangan dilakukan oleh pihak tertentu kepada kerabat Di Raja Johor, khususnya kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.
Bermula dari insiden serangan pemain bolasepak Harimau Malaya, Akhyar Rashid dan kes Faisal Halim disimbah asid.
Penulis mendapati ada pihak dengan pantas cuba mengkaitkan TMJ dengan kedua-dua insiden tersebut.
Walau pun TMJ sudah menafikannya, malah baginda telah meminta pihak berkuasa supaya bertindak segera dan tegas dalam siasatan kes tersebut.
Malah baginda sendiri secara peribadi telah mengecam dengan keras pelaku kedua-dua insiden yang menimpa pemain Harimau Malaya.
Kemudian timbul pula kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan 2 anggota polis yang sedang bertugas.
Sekali lagi nama TMJ yang kini menjadi pemangku Sultan Johor dikatkan dengan kes tersebut.
Belum reda dengan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, timbul pula pengawal peribadi TMJ memukul seorang pemandu e-hailing.
Dengan pantas ada pihak cuba mengkaitkan sekali lagi insiden tersebut dengan TMJ.
Tetapi sekali lagi TMJ bertindak bijak dengan meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut dan tidak melindungi walau siapa pun yang terlibat.
Apakah Ada Rahsia Di Sebalik Serangan Ke Atas Kerabat Johor?
Persoalannya sekarang, mengapa pelbagai insiden keganasan yang berlaku di dalam negara, pihak tertentu cuba kaitkan dengan dengan nama TMJ?
Apakah ada agenda tertentu yang sedang dimainkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan nama kerabat Di Raja Johor?
Apa yang berlaku, mengingatkan penulis kepada kes fitnah yang pernah melanda Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Nama Almarhum Sultan Iskandar pernah difitnah dan dikaitkan dengan insiden amokan Prebet Adam di Chow Kit Road.
Perkara ini didedahkan oleh ahli politik veteran, Annuar Musa, kira-kira 7 tahun yang dahulu.
Ketika itu adalah kemuncak krisis Raja Raja Melayu yang hendak dihapuskan imuniti.
Kini, siasatan RCI Batu Puteh sudah memulakan siasatan.
Sekali lagi Istana johor dilihat sedang diserang bertali arus.
Apakah ini satu kebetulan atau ianya dirancang?
Adakah Kerabat Johor Sengaja ‘Di Serang’ Pihak Tertentu?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah
- Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?
- Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa