Dr Mahathir Minta Siasatan RCI Pulau Batu Puteh Di Buat Secara Terbuka
Dr Mahathir Minta Siasatan RCI Pulau Batu Puteh Di Buat Secara Terbuka
Dr Mahathir diarah hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Dalam satu kenyataan mengesahkan dia akan menghadirkan diri di hadapan suruhanjaya itu pada 12 Jun ini.
“Saya akan hadir kerana diarahkan untuk berbuat demikian.”
“Sebelum ini saya sendiri telah meminta untuk hadir di sepanjang prosiding ini apabila ia bermula pada 21 Mei 2024.”
“Saya dan peguam saya menjangkakan kami akan dipanggil untuk menghadiri prosiding tersebut sepanjang ia dijalankan.”
“Ini kerana saya merupakan pihak yang berkait dengan perkara yang dibincangkan oleh RCI tersebut.”
“Saya berharap RCI ini diadakan secara terbuka dan orang awam dapat mengikuti prosiding itu sepenuhnya.”
“Tuduhan-tuduhan dibuat termasuk oleh ahli jemaah menteri sekarang.”
“Antara lain bahawa saya membuat keputusan secara sembunyi-sembunyi dan secara sendirian.”
“Jika semua tohmahan ini dibuat secara terbuka kenapakah jawapan dan penerangan saya perlu dibuat secara tertutup?”
“Sekali lagi saya tegaskan, kesemua keputusan yang adalah setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada peguam dan pakar-pakar perundangan dalam dan luar negara.”
“Termasuk yang dilantik oleh kerajaan terdahulu yang mahu isu Pulau Batu Puteh dirayu semula.”
“Selain itu, sebelum keputusan dibuat, isu telah saya bawa ke kabinet.”
“Terdapat di kalangan ahli-ahli kabinet ketika itu telah dilantik semula ke dalam kabinet kerajaan pada hari ini.”
“Kerana itu adalah perlu untuk saya atau peguam saya hadir untuk mengikuti prosiding ini dari awal hingga akhir untuk mengetahui adakah kesemua yang terlibat di dalam membuat keputusan dipanggil.”
“Jika tidak mengapa, dan jika ada, apakah yang mereka perkatakan.”
“Jika tidak objektif RCI sebagai satu usaha fact finding agak pincang dan tersasar dari keadilan,” dakwa Dr Mahathir.
Dr Mahathir Sepatutnya Bertenang Dan Berikan Kerjasama
Dr Mahathir sepatutnya bertenang dan berikan kerjasama sepenuhnya kepada RCI tersebut.
Terlalu awal untuk Dr Mahathir membuat kenyataan melulu dan menuduh RCI tersebut tersasar sedangkan beliau belum pun dipanggil, baru terima sepina.
Bukankah dahulu Dr Mahathir yang tidak benarkan perbicaraan DS Najib diadakan secara terbuka.
Sekarang kenapa pula mahu siasatan RCI diadakan secara terbuka?
Dr Mahathir Minta Siasatan RCI Pulau Batu Puteh Di Buat Secara Terbuka
Di Syorkan Untuk Anda:
- Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah
- Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian Zeti?
- Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa