Kepimpinan Tertinggi BN Akan Putuskan Sama Ada Bergerak Solo Atau Bersama PH Dalam PRU Akan Datang

 

Kepimpinan Tertinggi BN Akan Putuskan Sama Ada Bergerak Solo Atau Bersama PH Dalam PRU Akan Datang

Kepimpinan Tertinggi BN Akan Putuskan Sama Ada Bergerak Solo Atau Bersama PH Dalam PRU Akan Datang

 

Barisan Nasional (BN) sedia berbincang seawal mungkin mengenai model kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.



Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Kadir, berkata perbincangan itu antara lain membabitkan pertimbangan BN sama ada ingin bergerak solo atau meneruskan kerjasama sedia ada.

Ketetapan kerjasama itu akan diputuskan dalam mesyuarat kepemimpinan tertinggi komponen BN.

“Seperti disebut pengerusi BN sebelum ini, kita akan meneruskan apa yang ada.”

“Kita juga melihat segala bentuk kerjasama dalam membentuk kerajaan persekutuan hari ini.”



“Model kerjasama (membentuk kerajaan Perpaduan) boleh diteruskan jika majlis pimpinan ingin membuat keputusan itu.”

“Sudah tentu kita melakukan persiapan awal kerana kerangka mula perlu dilaksanakan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.”

“Ada kalanya berlaku perbezaan ruang demokrasi dan saya tidak nafikan ia berlaku.”

“Bagaimanapun, BN membuat keputusan secara bersama.”



“Keputusan untuk bekerjasama (dengan PH) hari ini juga adalah secara bersama dan tiada permasalahan untuk membentuk kerjasama.”

“Kelantan dan Johor akan mengadakan konvensyen pada 8 Julai, diikuti Terengganu dan Pahang pada 15 Julai depan.”

“Negeri lain juga akan mengadakan konvensyen yang akan diatur.”

“BN akan menganjurkan beberapa siri wacana forum dan dialog awam.”



“Generasi muda dan kalangan pemikir akan diundang sebagai usaha mengukuhkan parti bagi dekad-dekad mendatang.”

“Kita juga akan melancarkan dokumen kisah sejarah perjuangan BN,” jelas beliau dalam sidang media dan prapelancaran Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun BN ke-50.

Selepas PRU 14 pada tahun 2018 hingga kini, negara sudah mengalami perubahan kerajaan sebanyak 4 kali dan perubahan perdana menteri sebanyak 4 kali.

Tetapi sehingga ke hari ini, kestabilan politik dan ekonomi yang pernah dinikmati sebelum PRU 14 masih lagi belum dapat dinikmati semula.



BN perlu buat pilihan dan keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Sama ada mahu bergerak solo atau terus bersama PH, biarlah ianya mempunyai nilai tambah kepada kehidupan rakyat dan negara.

 

Kepimpinan Tertinggi BN Akan Putuskan Sama Ada Bergerak Solo Atau Bersama PH Dalam PRU Akan Datang

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button