Mahathir, satu satunya individu hadapi Dua RCI

Oleh Adam Malik

Mahathir ,satu satu nya individu  yang hadapi dua RCI.

 



Jika sejarah negara mencatitkan bahawa Tun Mahathir sebagai satu satunya  warganegara Malaysia yang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, rekod juga mendapati Tun Mahathir sebagai OKT yang diseret kemahkamah Suruhanjaya Siasatan DiRaja sebanyak dua kali.

Kali pertama Tun Mahathir diseret ke mahkamah RCI adalah pada tahun 2017 berkenaan kerugian wang rakyat pada kes FOREX.

Walaubagaimana pun sebaik sahaja Tun Mahathir bersekongkol dengan DAP berjaya menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 , dan menjadi Perdana Menteri maka rakyat tidak tahu apa jadi kepada kes itu dan apa sebenarnya terjadi kepada wang rakyat yang hilang hampir RM30 bilion.



Pada kes 1MDB yang Mahathir cipta untuk Najib Razak  , sejumlah RM32 bilion telah didapati semula namun tidak tahu apa terjadi kepada wang wang itu

Selain wang banyak sudah didapati semula, 1MDB juga miliki aset bernilai seperti Bandar Malaysia dan juga TRX.

Malah, projek Bandar Malaysia juga didapati oleh kroni Tun Mahathir Lim Kang Ho

Namun pada kerugian Forex, satu sen pun rakyat tidak dapat apa apa.



Begitu lah liciknya Tun Mahathir dalam hal hal sebegini.

Kali ini , Tun Mahathir bakal hadapi RCI kali kedua pada kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Seolah olah ada sesuatu yang ditakuti oleh Tun Mahathir terhadap Singapura, beliau telah menandatangani serahan Pulau itu secara tergesa gesa dan cara sembunyi (seperti ucapan Datuk Azalina Othman di Parlimen).

Pelbagai alasan diberi oleh Tun Mahathir atas perbuatan nya tetapi tidak menjawab isu pokok ia itu kenapa tidak tandatangani serahan bersama Jemaah Menteri dan juga dengan pengetahuan Peguam Negara.



Tindakan dilakukan oleh Tun Mahathir seolah olah “lepaskan dulu secepat “mungkin dan beri alasan kemudian”

Ini lah yang menimbulkan kecurigaan seolah olah ada sesuatu “urusan” antara Mahathir dan Singapura.

Tambah lagi seolah olah telah dirancang lama oleh Mahathir kerana dilihat sebagai tidak menyabar melepaskan Pulau didalam pemerintahan nya  kali kedua.



Antara satu perkara lagi yang boleh dikira sebagai telah dirancang  awal selain menyerah pulau adalah projek ECRL.

Tun Mahathir menghantar Tun Daim kenegara China untuk mengodam projek ECRL.

Pelbagai cubaan menukar kandungan projek dan menukar syarat dan penerima Projek.



Malah salah seorang kroni Mahathir telah membeli sebuah Syarikat dalam BSKL untuk ‘accommodate’ tujuan ini.

Namun ugutan saman dari negara China jika dibatalkan lalu membuat kerja kompromi dilakukan  dengan banyak perkara diubah.

Akhirnya projek bertaraf BMW menjadi taraf Proton sahaja.

Berbalik kepada kisah Tun Mahathir satu satunya rakyat Malaysia yang diseret ke RCI jelas menunjukan Tun Mahathir sebagai seorang yang ‘problematik’ dan menyusahkan negara.

Hanya sebab bijak bermuslihat dan mengguna pengaruh maka Mahathir tidak dilihat sebagai pengkhianat.

 

 

Pada kes RCI kedua Pulau Batu Puteh, Tun Mahathir cuba membunuh karektur panel Hakim RCI seperti Tun Raus dan sebelum ini Tan Sri Appandi Ali.

Ini antara taktik Tun Mahathir.

Mahathir mahu menjatuhkan kredibiliti mereka yang akan menguruskan kes RCI nya.

Panel RCI sudah pasti tidak dibawah pengaruh Mahathir kerana mereka dilantik oleh pihak lain tidak seperti hakim hakim mahkamah.

Diharap sangat kes RCI kali ini dapat didengar oleh rakyat dan keutusan nya tidak dirahsiakan.

Rakyat sangat ingin tahu apa yang mendorong Mahathir tergesa gesa menyerah Pulau.

Jika sayang negara sudah tentu Mahathir akan berhelah helah dan melambatkan serahan Pulau tetapi sebalik nya pula yang terjadi.

Rakyat sudah pasti tidak sabar ingin mengetahui prosiding perbicaraan dan mahu terhibur dengan telatah Mahathir.

Adakah kali ini kebiasaan menjawab “saya tidak tahu” , “saya tidak ingat” akan berulang lagi?

Sama sama kita tunggu dan lihat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button