Pengarah pun kena tipu!

Oleh – Syeikh Baran


Pengarah pun kena tipu!
Gambar Hiasan

Seorang pengarah urusan syarikat swasta di sini menanggung kerugian sebanyak RM520,000 setelah ditipu ‘Inspektor Lee Kha Seng’ yang kononnya berkhidmat dengan polis di negeri utara tanah air.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 46 tahun semalam. Kes itu berlaku pada awal bulan lalu.



“Mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan kad ATM miliknya ditemukan dalam serbuan polis di sebuah premis yang menjalankan aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa kemudian diperkenalkan dengan seorang lelaki lain yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Lee Kha Seng dan menawarkan bantuan bagi mengelak wang mangsa disita.

“Caranya adalah dengan memindahkan wang itu ke dalam satu akaun bank yang diarahkan sementara polis menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kumar memberitahu, mangsa menurut arahan itu setelah menerima surat melalui aplikasi WhatsApp dengan kepala surat mahkamah yang menyatakan tindakan akan diambil terhadap mangsa seperti pembekuan aset dan penangkapan.



“Mangsa memindahkan wang sebanyak RM520,000, sebelum terus didesak untuk membuat lagi pembayaran menyebabkannya mula berasa curiga dengan Inspektor Lee Kha Seng tersebut.

“Sehubungan itu, mangsa terus membuat laporan polis semalam,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button