“Wallahi Wabillahi Watallahi Saya Mahathir tidak curi wang negara” lebih mudah dari cabar Anwar ke Swiitzeland
Oleh Adam Malik
“Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. 100 peratus duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu,” – Mahathir
Baru baru ini Tun Mahathir telah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya boleh sama sama ikut ke Switzerland untuk mencari wang yang konon disorok oleh nya diluar negara.
Sindiran dibuat konon atas hendak menunjuk keberanian seolah olah orang yang tidak takut kerana tidak mencuri dan sorok wang diluar negara.
Jika dilihat sekali pandang kenyataan Mahathir memang akan Nampak keberanian dan bersikap “gentleman” berani kerana benar.
Namun orang jahil sahaja akan mempercayai kerana jika sudah mengambil dan mengalih wang rakyat sudah pasti akan merancang lebih awal dimana dan kepada siapa hendak diletak wang wang itu.
Mustahil lah akan meletak dibawah nama sendiri seperti Datuk Seri Najib Razak yang jelas jujur dan berani guna nama sendiri membuka akaun dalam negara.
Tidak seperti kroni kroni Tun Mahathir yang membuka akaun di luar negara seperti Singapura.
Mencabar Anwar ke Switzerlamd mencari wang sorok untuk dibawa pulang 100% jika ada , adalah sangat kebudak budakan.
Mungkin ia juga sengaja mahu dijadikan isu alihan kerana kroni Tun Mahathir Zeti Aziz telah kantoi dimahkamah akibat memberi jawaban tudak konsisiten di dua mahkamah berbeza dan dimedia.
Maka , sudah pasti rakyat membuka mata berkenaan Zeti Aziz yang suami miliki wang 1MDB sebanyak RM700 juta tetapi tidak didakwa dakwa lagi.
Tambah lagi mahkamah Amerika sudah sahkan bahawa Gabenor Bank Negara kesayangan Mahathir telah disahkan menerima rasuah tetapi Kerajaan Malaysia tidak bertindak lagi.
Ketika perbicaraan Roger Ng, Timothy Leissner telah memberitahu Zeti Aziz telah disogok untuk melukuskan Bon dalam apa yang digelar “overnight approval”,
Namun Kerajaan Malaysia masih tidak mendakwa suami dan Zeti Aziz lagi.
Hatta, mungkin cunaan Tun Mahathirnuntuk mengalih tumpuan Masyarakat.
Selain itu mustahil Mahathir akan meletak nama nya kepada mana mana akaun yang ada wang yang sudah dialihkan.
Apa yang terbaik untuk Mahathir lakukan ada lah melafaz sumpah seperti Datuk Seri Najib dengan menyebut jika beliau tipu mohon Allah melaknati dan keluarga nya, tetapi jika benar maka sesiapa yang memfitnah akan menerima laknat Allah.
Itu baru cara betul.
Apakah ada orang mahu menyatakan Allah boleh ditipu? Jika ada elok sangat bertaubat.
Ketika DSNR melafaz sumpah laknat ramai yang jahil mencemuh seolah olah menyatakan Najib boleh menipu dengan mengguna nama Allah.
Namun satu persatu ditunjuk oleh Allah dengan tumbangnnya Kerajaan 22 bulan.
Kemudian satu persatu watak terkena bahana sumpah.
Dari Syed Sadiq, Lateefa Koya, Muhyiddin Yassin dan menantu dan lain lain lagi dengan sasaran berakhir terkena Mahathir , Tun Daim.
Maka, usah buang masa dan wang rakyat mencari wang Mahathir diluar negara, ean Mahathir tidak perlu tunjuk keberanian sesama kalangan manusia.
Lafaz sahaja sumpah “Wallahi Wabillahi Watallahi saya Mahathif tidak mencuri wang negara seperti didakwa dan bersumpah tidak sembunyi dimana atau atas nama pihak lain seperti didakwa dan jika benar saya berbuat sedemikian semoga Allah melaknati saya dan keluarga” ini sudah memadai.
Kembali kepada Allah sebagai kesaksian seperti Najib Razak.
Pilih lah mana mana masjid dan melafaz nya selepas solat Jumaat.
Masalah selesai tidak perlu menghabiskan masa dan wang serta berpolitik membodohkan rakyat.